Welcome

Welcome
Welcome

Monday, March 9, 2015

Isu Bebanan Tugas Guru

Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari.

 

  Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid, perancang program-program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan banyak lagi.  Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.


              Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu, penyelesaian yang wajar  harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid

                 Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Merujuk kepada isu guru tersebut telah mengalami kesukaran tidur sehingga dia mengamuk. Kesukaran tidur atau dikenali sebagai ‘insomnia’ adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada tekanan stres. 
               

          Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional,  seterusnya merancang cara penyelesaian secara sistematik.

 

          Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya untuk kegunaan diri.

 

            Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan yang boleh menangani stres. 

 

Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Untuk Mu Guru




Wednesday, February 18, 2015

GURU DAN CABARAN

Salam.

Guru sekarang bukan macam guru pada zaman dahulu. Dulu guru mengajar dari jam 0730 sampai jam 100 ptg .. mereka sudah boleh pulang ke rumah dan berehat dengan keluarganya masing-masing. Bukan sekarang di mana kita mengajar dari jam 0730 hingga jam 0500. Banyak aktiviti ko-korikulum di sekolah. Aktiviti ini kadang-kadang melarat sampai ke hujung minggu Sabtu.

Mengapa? Ada beberapa faktor yang menyebabkan ini semua.

Pertama - sistem pendidikan negara semakin mencabar untuk bersaing diperingkat global Kita perlu buat begini untuk mewujudkan tenaga kerja yang kompeten dan setanding dengan mereka di barat.


Kedua - kos kehidupan yang tinggi. ramai kalangan guru tinggal di taman perumahan. Ada yang tinggal di dalam rumah banglo dan ada yang tinggal dalam rumah teres 1 atau 2 tingkat. jarak rumah dari sekolah pun bukan dekat. Oleh itu kebanyakan guru mempunyai kereta untuk ke sekolah. Jadi di sini kita lihat ada 2 benda besar yang dimiliki se orang guru. Kereta dan rumah. Secara purata kebanyakan kita berhutanglah untuk mendapatkan kemudahan seperti ini. Ini berbeza dengan guru zaman dahulu kala. Mereka berbasikal atau berjalan kaki sahaja kerana sekolah mereka mungkin dalam kampung mereka juga. Cukup berjimat kehidupan masa lalu.

Ketiga- taraf akademik guru. Sekarang ada guru memiliki ijazah sarjana/ doktor falsafah. Oleh itu gaji mereka agak tinggi juga. Jika mereka suami isteri berkerja sebagai guru ... bayangkanlah jumlah gaji pada pay-slip mereka. kalau tidak silap pada tahun ini jika kedua-duanya gred gaji DG48 ..maka jumlah gaji mereka menjangkau melebih RM10,000.00 se bulan. 

Keempat - masalah disiplin dan akhlak pelajar. Disiplin ialah perangai budak zaman lani. Ada yang tidak menghormati guru-guru mereka. Kadang-kadang ada pergaduhan antara guru dan murid-muridnya. Kereta gurulah yang menjadi mangsa. Ditorehnya kereta Honda Accord guru disiplin sekolah tersohor itu. Siapa yang rugi? Masalah berpakaian. Terlampau nipis baju kurung pelajar perempuan itu. Bila ditegur oleh pihak sekolah, semua mak bapak budak perempuan itu .. akan datang menyerang guru disiplin tersebut. Gila .. zaman sekarang. Masa yang silam mana ada semua ini? Ibu bapa cukup menghormati sang guru. Jika guru merotan kaki anaknya, silap-silap pihak keluarga akan menambahkan lagi dendaan rotan itu. Sekarang tidak. Jika rotan kita berikan kepada anaknya yang berdisiplin .. hadiah penumbuk akan menghinggap pipi guru. cuba kita lihat! Zaman sekarang guru problem, anak murid problem, ibu bapa problem, prestasi peperiksaan problrem, duit problem dan mati pun problem. Maka wujudlah masyarakat berproblem.