Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari.
Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid, perancang program-program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan banyak lagi. Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.
Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu, penyelesaian yang wajar harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid
Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Merujuk kepada isu guru tersebut telah mengalami kesukaran tidur sehingga dia mengamuk. Kesukaran tidur atau dikenali sebagai ‘insomnia’ adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada tekanan stres.
No comments:
Post a Comment